Cerpen – Aku Tidak Sempurna
Aku tidak dan bukan sempurna. Malah, tiada siapa yang sempurna di dalam dunia ini. Tetapi, aku pelik. Mengapa ramai yang mengatakan bahawa akulah seorang manusia yang sempurna? Aku sendiri tidak pasti. Aku dapat tahu mereka mengatakan aku sebegitu dari Alina, kawan karib aku. Aku ingat lagi apa yang dikatakan oleh Alina.
“Kau cantik, pandai, aktif dalam ko-ku, wakil sekolah lagi, lepas tu badan pun macam biola, cantik aja, kau peramah, baik hati, sederhana alim,kaya,kreatif, rajin, pendek kata, semua ada! Pakej lengkap, beb! Patutlah semua orang suka kau!”
Lebih kurang begitulah. Mungkin mereka tidak tahu. Hidup aku lebih sengsara dari mereka semua. Hanya seorang sahaja yang ketahui bagaimana hidup aku yang sebenarnya. Bukan Alina, ya? Dia.. Aku tak kenal pun dia. Yang aku tahu, dia lelaki dan sama sekolah dengan aku, sama kelas dengan aku. Sepanjang tahun, dia asyik sama saja kelas dengan aku. Kelas A.
Bagaimana dia boleh tahu? Begini. Pada ketika itu, aku tengah frust sangat sebab kakak aku marah aku sebab aku bersihkan pinggan mangkuk dekat sinki tu. Dia kata, aku tak boleh sentuh pun pinggan mangkuk tu. Nanti pinggan tu pecah. Dia cakap macamlah aku tak boleh nak buat kerja. Kerja rumah aku tau buatlah..
Masa tu, aku naik terus atas, menangis-nangis sebab kakak aku yang dah besar panjang dan takda jodoh tu tengking-tengking aku. Mentang-mentanglah breakup dengan boyfriend.. Lepas aku nangis, aku terus pergi ke laptop aku. Aku bukak yahoo! Messenger. Kemudian, ada seseorang ni yang beridentitikan Mr Life. Oleh kerana aku sedih sangat, aku terus sahaja meng’add’ dia. Tak lama kemudian, dia ucapkan assalamualaikum kepada aku. Aku jawab balik, Waalaikumussalam. Selepas itu, dia tanya aku beberapa soalan. Aku bengang sebab aku masa tu tengah frust. Aku jawab dengan malasnya. Bagaikan tahu saja aku tengah bengang, dia tanya aku, ‘is something wrong?’. Mula-mula, aku cerita sahaja peristiwa yang berlaku kat aku tadi. Tapi tiba-tiba pula aku ceritakan kisah hidup aku. Kemudian, dia cakap kat aku, ‘Kau kenal aku ke?’ aku jawab tak. Dia berikanlah klu-klu siapa dia yang sebenar. Malang, aku tak kenal pun.
Sekarang, Mr Life dah jadi bestfriend aku. Nombor 1. Nombor 2 Alina. Aku tak boleh kongsi rahsia dengan dia. Nanti dia bocorkan rahsia aku. Dia bestfriend aku pun sebab aku kekal dengan dia dari aku bayi lagi hingga aku Tahun 6, iaitu tahun ini.
Aku, tiap-tiap hari akan online dengan Mr Life. Aku masih lagi tak dapat nak kenal pasti siapa dia yang sebenarnya. Hari ni baru aku tahu, Alinalah yang bocorkan rahsia orang lain yang diorang kata aku ni sempurna. Tapi, bagus juga kawan dengan Alina. Banyak rahsia orang aku tau. Alina orang yang paling popular di sekolah aku. Aku nombor dualah. Yelah, Alina, pandai tetapi masih lagi tak dapat nak kalahkan aku. Dia biasa dapat nombor 6. Alina cantik, dia wakil bola baling sekolah. Dia kenal semua budak lelaki dan perempuan. Dia ada number semua orang. Aku? Aku ada phone tapi lima orang saja nombor budak lelaki aku ada. Itupun diorang sms aku dari Alina. Yang lain semua nombor budak perempuan. Itupun bukan semua.
Harini, aku balik dari sekolah. Aku terlambat sebab aku kena pergi teman seorang budak Tahun 1 bersihkan baju dia yang terkena darah. Aku kenalah tolong, cikgu amanahkan. Aku penolong ketua pengawas di sekolah. Selesai saja, aku pergi ke depan, tempat yang mak aku, adik aku dan aku setuju untuk tunggu di situ.
Tanpa aku sedar, sudah pun pukul 5. Masa yang sepatutnya mak aku ambil aku. Aku dapat lihat, kereta Innova berwarna biru sudah lama tercegat di situ. Aku segera mengambil beg aku dan berlari kearah kereta Innova tersebut lalu masuk ke dalam. Ketika itu, mak aku tengah tengok cerita Korea. Aku masuk saja, dia dah mula marah-marah. Satu perkara aku tak suka tentang mak aku. Berat sebelah. Kalau aku lambat, aku sure kena marah punya. Tapi, kalau adik aku yang Tahun 4 tu datang lambat, takde pulak kena marah. Bengang betul aku.
Aku ceritakan lagi perkara tu dekat Mr Life. Mr Life kata, dia faham situasi aku. Dan dia nasihat aku supaya sabar. Aku dapat terima nasihat Mr Life sebab dia nasihat aku dengan cara yang baik dan elok. Bukan macam mak, ayah dan kakak aku. Nak nasihat, tapi sindir dan perli orang. Marah-marah. Mana taknya aku tak ikut nasihat..
Esok aku akan dapat keputusan UPSR dan PSRA. Aku tak sabar-sabar nak tunggu esok. Sebab, esok, Mr Life kata, dia akan beritahu aku, siapakah dia yang sebenarnya secara real dan bukan lagi melalui ym. Aku tidur pada malam itu dibuai-buai dengan mimpi-mimpi indah.
-Di sekolah, 3 pm-
Aku tak sabar-sabar. Mr Life semalam bagitahu aku, dia akan amik keputusan dia sendiri sebab mak dan ayah dia balik lambat. Aku menggeletar tak habis. Dari pagi pukul 8 aku sampai sekolah, hinggalah sekarang. Aku bernasib baik, hormon aku stabil. Tak macam kawan-kawan aku yang lain. Semua nangis sebelum dan selepas ambil keputusan. Akhirnya, mak aku sampai jugak. Ambil sahaja keputusan, aku bersorak riang. Aku berjaya dapat 5a dan juga Mumtaz yang tertinggi. Semua guru dan kawan-kawan aku cakap tahniah kat aku. Aku angguk-angguk sajalah.
Mak aku cakap kat aku, nak pergi naik atas, ambil keputusan adik aku pulak. Aku kata okey. Pastu, aku masuk kelas. Aku kemas-kemas barang-barang aku yang nak dibawa pulang. Esok masih ada sekolah. Latihan Ihtifal pula. Sedang aku mengemas-ngemas, aku terdengar suara..
“Kau dapat berapa, Lia?” Itu macam suara.. Ferhad. Ferhad? Dia.. Budak yang paling hensem di kelas. Dia tanya aku? Tiba-tiba saja ni.. Jawab jela..
“Aku dapat 5A dan Mumtaz.”
“Aku pun dapat 5A gak. Mumtaz gak. Tapi 93 percent je. Aku tau kau dapat highest. Cikgu bagitau. Berapa?”
“Mumtaz 97.1 percent.. Paling tinggi kan dekat sekolah Puchong tu. 99 percent.”
“Hmm.. Lia, kau tunggu siapa?”
“Aku..”
“Kau tunggu Mr Life kan? Ni, aku ade bawak nota dari dia. Kau bacalah.”
Ferhad bagi nota tu kat aku. Aku ambil terus nota tu dari tangan dia. Aku tatap betul-betul nota tu. Macam tak percaya saja. Biar betul??
To, Jasmin NurLiana ..
From, Mr Life
Jasmin, aku tak tau kenapa kau nak dipanggil Lia. Aku still tak faham. Kau marah sangat bila aku panggil kau Jasmin. Bagi aku, Jasmin itu nama yang sedap. Nama sekuntum bunga yang aku suka sangat. Jasmin, aku nak kau tau. Sebenarnya, Mr Life yang kau nak sangat tahu siapa identitinya adalah orang yang kat depan kau, yang bagi kat kau surat ni. Sorilah sekiranya tulisan aku ni tak jadi sengetnya. Sebenarnya aku ada cuba nak buat tulisan tangan tapi buruk sangat. Aku pakai computer saja. Tulisan aku kan cakar ayam.
Lia, sebenarnya, mula-mula aku add kau, aku nak sangat bagitau siapa aku. Tapi,bila kau start luahkan apa yang terbuku dalam hati dan kepala kau, aku tak mahu bagitau. Takut kau tak nak cerita dah. Aku suka dengar luahan kau, Lia. Aku, suka kau Lia. Dah lama aku suka kau. Selama ni, aku pandang kau aja dalam kelas. Aku tau, ada je rumour yang kata aku suka Alina. Tapi khabar angin tu start sebab aku pandang kau. Sebelah kau kan Alina.
Sebenarnya, Lia. Ramai yang sukakan kau. Diorang je tak nak cakap. Aku pun ade banyak competition. Susah, sebab tu aku buat account Mr Life tu special untuk kau aja. Aku harap, kita masih lagi boleh berhubung antara satu sama lain. Dan.. Aku dah boleh panggil kau Jasmin kan? Jadi, kau tak perlu dah panggil aku Mr Life..
Aku tau aku tak sempurna. Tapi aku tau, kau sempurna, Lia.
Sekian, Ferhad.
“Ferhad? Kau..”
“Ya, akulah Mr Life. Aku harap, kau boleh maafkan aku. AKu minta maaf sangat sebab terpaksa rahsiakan identiti aku. Aku harap, kita masih lagi boleh berkawan.”
Aku tergamam dan terlopong. Sebaik sahaja dia berkata ayat tersebut, aku terus mengenggam surat tersebut dan kemudian aku ambil beg sekolah aku dan lari kea rah mak dan adik aku. Masa aku lari tu, aku dapat dengar, kawan Ferhad cakap kat dia.
.
“Ferhad? Kau buat Lia menangis ek? Sampai hati kau! Nasib baik kau kawan aku! Kau tau kan, aku suka dia!”
Mak aku masa tu baru nak marah aku. Tapi sebab aku tengah nangis, dia biarkan saja. Aku balik rumah, mandi, solat dan kemudian aku online. Aku tengok. Mr Life tak online. Huh.. Dia terasa agaknya.
Ferhad.. Ferhad.. Dah lama aku jatuh cinta kat kau. Aku je yang nyorokkan. Aku tak tau pulak kau suka aku. Aku bertekad, Ferhad. Next time kau online, aku akan chat dengan kau seperti biasa dan aku tak akan buat macam tadi lagi.
-Esoknya, ketika perjumpaan Ihtifal-
Cikgu dah cakap kat aku. Aku dah confirm jadi heroin dan Ferhad jadi hero. Ihtifal nanti, kitorang akan buat pementasan. Cerita Cinderella Melayu. Aku jadi Cinderella, Alina dapat jadi kakak aku yang kejam. Ferhad jadi prince charming. Aku tak percaya saja. Aku yang dapat! Tapi, aku dapat Nampak , bila Ferhad yang dipilih oleh pihak perempuan jadi hero, budak-budak lelaki yang lain kecewa. Aku ketawa saja.
Lepas aku balik rumah, seperti biasa, aku online. Ada orang nak add aku. Ferhad? Tapi, dia tak pakai account Mr Life lagi.. Dia tengah online sekarang. Baik. Tiba masanya aku bertindak!
Lea: Ferhad, aku nak mintak maaf.
Ferhad: Kenapa pulak?
Lea: Sebab semalam.. aku lari.
Ferhad: Tak apa. Aku dah suspek dah kau akan buat macam tu.
Lea: Tapikan, kau kan ramai peminat. Kenapa kau pilih aku?
Ferhad: Aku rasa, kaulah yang paling sempurna buat akul.
Lea: Ferhad, aku tak sempurna. Aku hanya seorang insan yang biasa. Kau pun tahu cerita aku.
Ferhad: Tak. Kau sempurna. Kau ada otak yang pandai, ada rupa paras yang cantik dan macam-macam lagi. Walaupun keluarga kau tak berapa bahagia.
Lea: Kalau aku ceritakan apa yang pernah aku ceritakan dekat kawan-kawan aku, diorang akan setuju. Aku tidak sempurna.
Ferhad: Mungkin bagi diorang. Tetapi di mata aku, kau sempurna Lia.
Lea: ….
Ferhad: So, kaulah heroin aku kan? Yang akan selamat kan aku dari genggaman Alina!
Lea: Dalam pementasan saja!
Ferhad: Lia, kau tetap heroin aku! Kau yang akan selamatkan aku kan?
Lea: Ya. Apa-apa jelah..
Ferhad: Aku akan simpan kenangan waktu kita berlakon nanti. Mak aku nak tangkap video.
Lea: Ferhad! Kau buat aku nervous je tau. Nanti aku drop out kang!
Ferhad: Jangan!! Aku tak nak si Vannesa yang ganti tempat kau. Dia cantik, tapi tak secantik kau. Anyway, dia gedik.
Lea: Ferhad!
Ferhad: Okay, sorry!!
Kali ini, pementasan Cinderella Melayu lain sikit. Gabungan idea-idea kami, pelajar Tahun 6. Memang mula-mula, Cinderella sengsara. Pastu ada ball lah, semua tu. Aku kena ‘menari’ dengan Ferhad. Tetapi, masa tu, stepmother aku iaitu Tara akan tangkap Fairy Godmother aku. Lepas tu, dia tangkap Ferhad untuk dikahwinkan dengan Alina. Aku kena lawan dengan Alina untuk selamatkan Ferhad! Pastu, aku menang dan aku… kena kahwin dengan dia. Aku baru habis baca skrip. Kahwin? Gila…
Ferhad: Nanti, kita kahwin, Lia!
Lea: Kahwin?
Ferhad: Ya. Kahwin. Hehehe.. Dalam pementasan tulah..
Lea: Eleh.. Bukan kau sorang je yang dah habis baca!
Ferhad: Hehehe..
-Hari Ihtifal, 10 pm. Pementasan Tahun 6-
Aku dah ready. Dah sedia. Aku mula-mula kena pakai baju ragdress. Tudung pun tudung yang dah nak koyak. Tapi tutup aurat lah..
Jeng! Jeng! Jeng! Suara Cikgu Mira bergema. Aku gementar sangat. Aku kena cuci lantai pakai kain buruk. Harap-haraplah aku tak lupa skrip!! Selepas Cikgu Mira habis berucap, aku dah ready. Aku dah mula nak lap lantai tu. Pastu kain merah yang mula tutup pentas tu, terbuka. Terpampang muka aku. Hehehe..
Aku berlakon dengan dramatic tau!! Alina pun tak kurangnya! Pandai jugak dia berlakon. Dipendekkan cerita, sampai babak aku kahwin dengan Ferhad. Ferhad dah tersenyum-senyum dah tengok aku pakai baju pengantin. Aku pun ish! Cikgu Mira memang gila.. Eh, tak baik.. Tapi cikgu yang suruh dan tetapkan aku kahwin dengan Ferhad. Aku pakai baju kahwin, dia pun. Pastu, kami berdua kena duduk bersanding sambil pencerita, Joe dan Darina bercerita.
“Akhirnya, Ela dan Prince Charmingnya berkahwin.. The END!”
Pementasan kami mendapat tepukan gemuruh. Ada jugak orang yang bersiul, Phewitt!! Kat aku dengan Ferhad. Lagilah merah muka aku. Ferhad pula, aku pandang depan, dia pergi pandang aku. Dia kata, kononnya nak berlakon biar real lah.. Huh! Malu!!
Aku turun je dari stage, kawan-kawan aku semua usik aku. Lepas aku tukar baju pengantin ke baju casual aku, iaitu blouse Lavender, seluar Jeans dan tudung lavender, Ferhad datang kea rah aku. Dia pakai baju kemeja warna hijau dan seluar jeans juga. Rambut dia terpacak. Di tangannya, ada benda. Hadiah,actually.
“Lia, untuk kau. Ambillah. Ini supaya kau ingat aku. Tahun depan, kita mungkin tak jumpa lagi dah. Aku kena balik. Bye, Lia..”
“Wait! Thanks, Ferhad..”
“Lia, It’s a pleasure knowing you for 6 years. I’ll miss you..”
Aku terlopong sambil melihat Ferhad meninggalkan aku. Selepas bersalam-salaman dan berpeluk-pelukan dengan kawan-kawan aku, aku masuk kereta. Sampai kat rumah pukul 1 pagi. Aku masuk bilik dan bukak hadiah tu. Gambar Ferhad dan aku. Macam mana entah dia boleh buat gambar ni? Pakai photoshop kot.. Tapi memang macam betul-betul aku tangkap gambar dua-dua dengan dia. Dia bagi aku frame yang ada gambar dia dan aku. Kemudian, dekat frame tu bertulis,
‘Lia, kau dan aku tidak sempurna. Tetapi di mataku kau sempurna.. 012******2”
-10 tahun berlalu..-
You’ve got a call from Ferhad!
“Salam, Lia.. I miss you and I wanna tell you something that I couldn't tell you 10 years before. .. I love you.”
The End..
Aku Tidak Sempurna by Syaza97
Posted by
alia
on Sunday, December 27, 2009
Labels:
syaza97 cerpen ssb aku tidak sempurna
/
Comments: (0)
「東方神起は私たちが守る」[TVXQ; For us to protect]
Posted by
alia
on Sunday, December 6, 2009
Japanese:
私たちは、ユノ、ジェジュン、ユチョン、ジュンス、チャンミンの5人である東方神起を応援し、永遠にこの5人と共にすることを誓って署名します。
1.SMと東方神起メンバーは、今回のことについて誠実に話し合い、現
在の東方神起を存続させることを要求する。
2.私たちが待っているのは、「ユノ、ジェジュン、ユチョン、ジュンス、
チャンミン5人の東方神起」であることを忘れないことを要求する。
~愛する東方神起のファン一同
「同意します」 Alia
English:
We swear to stand by Yunho, Jaejoong, Yoochun, Junsu, and Changmin as five, as TVXQ, to give them support, and forever to be on their side.
1. We request for TVXQ and SME to talk about this issue honestly and truthfully, for the sake of TVXQ continuing on.
2. We request to not forget that what we are waiting is a TVXQ made from the five members, Yunho, Jaejoong, Yoochun, Junsu and Changmin.
~ Loving fans of TVXQ
Name:Alia agreed.
私たちは、ユノ、ジェジュン、ユチョン、ジュンス、チャンミンの5人である東方神起を応援し、永遠にこの5人と共にすることを誓って署名します。
1.SMと東方神起メンバーは、今回のことについて誠実に話し合い、現
在の東方神起を存続させることを要求する。
2.私たちが待っているのは、「ユノ、ジェジュン、ユチョン、ジュンス、
チャンミン5人の東方神起」であることを忘れないことを要求する。
~愛する東方神起のファン一同
「同意します」 Alia
English:
We swear to stand by Yunho, Jaejoong, Yoochun, Junsu, and Changmin as five, as TVXQ, to give them support, and forever to be on their side.
1. We request for TVXQ and SME to talk about this issue honestly and truthfully, for the sake of TVXQ continuing on.
2. We request to not forget that what we are waiting is a TVXQ made from the five members, Yunho, Jaejoong, Yoochun, Junsu and Changmin.
~ Loving fans of TVXQ
Name:Alia agreed.
